Siapakah Golongan AL-ABRAR



Al-Abrar? Pernah tak kita dengar? Biasa tak kita dengar? Mestilah jawapannya pernah kan.. Dekat mana? Dekat dalam Al-Quran, Surah Al-Infithar ayat 13 :-
“إن الأبرار لفي نعيم..”
(Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (Syurga yang penuh) kenikmatan)
(Most surely the righteous are in bliss)
Golongan Al-Abrar bermaksud golongan yang berbakti dengan penuh rasa ikhlas semata-mata kerana Allah, yang mana, misinya adalah Jannah bukan kerana pujian manusia, bukan kerana nama, pangkat, harta dan sebagainya. Targetnya adalah mahu menapak ke Syurga! ^^
Apa yang Allah suka, dia akan buat dengan penuh rasa suka juga. Apa yang Allah benci, dia akan jauhi dan tinggalkan. Dia ikhlas dalam setiap amal dan baktinya. Tak mengharap imbalan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada manusia. Tetapi, dia mengharap akan redha Allah akan memayungi langkah hidupnya.
Misi yang perlu dicapai adalah seperti :-
1) Hubungan dengan Allah.
2) Hubungan dengan manusia.
3) Hubungan dengan alam.
‘Makanan Rohani’
Golongan inilah yang mahu dibentuk dan dilahirkan sebagai ahli Islam, ahli Khair iaitu kebaikan dan role model untuk tunjuk contoh teladan. :)
Ya! Memang tak mudah nak memastikan diri kita tersenarai dalam golongan ini. Tapi, siapa kita nak tentukan? Yang layak, hanyalah Allah. Tugas kita, buat yang terbaik kerana-Nya, bukan untuk dunia semata-mata. InsyaAllah, jom kita sama-sama bergerak ke arah menjadi golongan Al-Abrar! ~.^
Mudah-mudahan, kita tersenarai! Walaupun kita tak tahu, sekurang-kurangnya kita ada usaha ke arahnya. ^_^

Semoga ALLAH merahmati Kamu ヅ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan