Khas buatmu Muslimah



Untuk bergelar seorang muslimah itu sememangnya senang..kerana muslimah itu
perempuan yang beragama islam..tetapi untuk bergelar seorang mukminah itu sangatlah sukar..kerana mukminah itu perempuan yang beriman dan warak..

sesungguhnya terma mukminah inilah yang belum layak sdisandang oleh ramai perempuan.
Malah ada yang tidak suka!


Ada seorang rakan saya yang sangat moden ini cepat melatah apabila saya bertanya, 
" kenapa awak pakai tudung masa bulan puasa saja? saya tengok awak lebih cantik..comel lagi tu jika bertudung."

"Alah awak niekan..macam tak tau pulak..saya malulah.saya belum bersedia
nak pakai tudung sepenuh masa.lagipun saya bukanlah perempuan beriman."Noktah!

Astaghfirullahalzim..pengakuannya itu amat menyentap dada! Apakah
dia ingt,iman itu boleh dibuat mainan?
jika malu hendak mengaku sebagai perempuan yang warak sekalipun,tidak 
perlulah menyebut "Bukan Perempuan BERIMAN"!
Mungkin pada rakan saya ini,beriman maksudnya sopan santun,memakai tudung dan hidup
berlandaskan syariat sepenuhnya.Sedangkan dia masih muda,masih mahu bebas bersuka ria
dan tidak dikongkong oleh batasan syariat.

walau apa sekalipun tfsirannya.saya kira pegangan dia ini salah.Jika masih
belum mahu mentaati ajaran islam sepenuhnya,usahlah sampai
melabelkan diri sesuka hati,bimbang akan menjadi syirik pula nanti.

Kita dilahirkan beragama islam,jadi usahlah sesekali mensia-siakannya.
Islam sudah ada dalam diri,ketika masih dalam kandungan ibu lagi.

Iman juga sudah ada walaupun senipis kulit bawang.
Jadi,ia hanya perlu digilap dan dijaga biar bergemerlap di dalam diri.
Usah dibiarkan ia pudar hingga kelama-lamaan menjadi kelabu dan gelap.
Akibatnya,hati akan kering dan mati.

Srikandi Islam pada zaman silam semuanya berlumba-lumba hendak mencapai title MUKMINAH ini.
Jadi,kita juga mesti mencontohi mereka.Bukan apa,kerana wanita beriman banyak disebut
di dalam Al-Quran.Jaminan keuntungan untuk wanita beriman juga sangat banyak.
Wanita beriman ini juga amat dirindui oleh SyurgaNya.

Islam adalah satu-satunya ynag diterima dan diredhai olah ALLAH S.W.T.
Allah berfirman:'' Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi ALLAH hanya islam.."
Surah Ali-Imran: Ayat 19



Akuilah,apa yang diajar oleh agama kita ini cukup indh dan mudah.Saat ini,kita hanya perlu menerima dan boleh mengamalkanya sahaja secara terbuka.
Tidak sama seperti srikandi Islam zaman lampau yang hanya boleh mengamalkan islam secara sembunyi kerana bimbang di seksa.Malah,ketika mula hendak menyebarkan Islam,Rasulullah S.A.W sendiri pernah di cerca dan di pulaukan oleh kaumnya sendiri.

Islam maksudnya sejahtera.Jdi,apabila kita mengaku diri sebagai muslimah,maka kita sudah masuk dalam golongan yang selamat dan sejahtera.
Kemudian,apabila kita mengamalkan semua perintah dan meninggalkan semua larangan,kita semakin menghampiri taraf seorang mukminah,iaitu wanita yang beriman pula.
YA! Semudah itu sebenarnya,jika kita tidak membantah!


Semoga ALLAH merahmati Kamu ヅ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan