rintihan anak mu~~



 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..





Alhamdulillah..eqah dapat update lagi blog nie...da lme kan tak update..paz tu
bile dapat update tu,tiap 2ari lahh update..
huhuhu..
erm..semalam sedih kan..hari nie???
ALHAMDULILLAH..dah okay ciket...
kan da ckp..we must alwys trust ALLAH k...

dan yang paling penting mesti n wajib bersangka baik dengan-Nya..
terima kasih Ya Tuhan ku atas segala nya...
rase syukur sgt2 sebab hari nie ALLAH bagi  
kesempatan untuk hidup di muka bumi Dia nie...




ibu..babah...
saya nak kahwin...
janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin..
kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki..
perkahwinan atas nama islam,
sudah pasti di redhai oleh Allah...

ibu..babah,,
saya nak kahwin..
janganlah di halang keinginannya..
kerana Allah sudah berjanji,
barang siapa yang berkahwin kerana-Nya pasti akan di permudahkan
segala urusan...



ibu..babah..
saya nak kahwin..
jangan sesekali risau tentang pelajaran,
kerana ia tak kan pernah berhenti..
hatta,sampai ke mati sekali pun..
ilmu tak kan pernah habis di cari..

ibu..babah..
saya nak kahwin...
walaupun dia belum bekerja,
bukan bermaksud dia tak boleh menyara bakal isterinya..
sudah tercatat dalam Al-quran,
orang miskin sekali pun pasti akan di mampukan oleh ALLAH
selepas berkahwin..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
jangan risau anakmu mendapat bayi atau tidak...
nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapatkan bayi
kerana semua itu adalah kerja Allah..
lagi pun anakmu itu sudah ada perancangannya sendiri..



ibu..babah..
saya nak kahwin..
berkahwin itu menghalang maksiat..
daripada dia melihat perempuan di sana sini..
lebih baik dia melihat isterinya sahaja..
dapat pahala lagi pulak..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
dengan berkahwin anakmu akan menjadi lebih bersemangat,
bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan,
kerja juga menjadi lebih produktif..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
percayalah yang dia sudah bersedia untuk berkahwin..
untuk bertanggungjawab..
jika di tanya mana-mana suami isteri pun..
sudah pasti tiasa yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
jangan di lihat kematangan pada usia..
tapi lihatlah pada peribadi diri nya..
jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia
menjadi pemimpin kepada isterinya pula..




ibu..babah..
saya nak kahwin..
ilmu agamanya sedikit cuma..
tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu..
maka doakanlah supaya dia dapat menjadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan..
kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula..
bagi meraih lebih banyak pengalaman..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
semua ini hanyalah keinginan ankmu sahaja..
namun sekiranya tiada persetujui..
anakmu terima sepenuh hati..
kerana dia juga tahu,
bagaimana untuk menghormati keputusan kedua ibu bapa nya..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapatkan anak
menantu..maka izinkanlah anakmu mencari calonnya..
InsyaAllah,
bukan calon isteri / suami yang di cari..
tetapi calon ibu / ayah kepada cucumu yang akan di cari..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
apa pun jua keputusan dipilih..
semoga Allah sentiasa memberkati..
dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik..
sama-sama lah kita berharap kepada-Nya..

ibu..babah..
saya nak kahwin..
tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluahkan isi hati nya..
andai isi hati anakmu ini dapat di baca dan di fahami
oleh ibu dan babah alangkah bagusnya...


Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan anak ibu dan babah ini..amin..






Semoga ALLAH merahmati Kamu ヅ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan